JOMLAH KLIK UNTUK TAHU LEBIH LANJUT

>

Monday, October 25, 2010

ALAM DI PERGUNUNGAN KLAKS BAB 1, MUKASURAT 2

Anak mata Kimimo meliar ke kiri dan ke kanan. Fokusnya dipadukan dengan firasat hati yang menumpu. Dia tidak mahu culas sama sekali. Benar kata kaumnya selama ini, pergunungan Klaks menyimpan pelbagai rahsia yang tersembunyi.

"Keluar kau Drakonis Hutan."

Kimimo menjerit lantang. Pasakan kaki di bumi semakin diperkemaskan. Dia perlu sentiasa bersiap siaga, andai tekaannya khilaf. Beberapa saat berlalu. Drakonis Hutan yang ditunggu masih tidak menjelma. Cuma bisikan suara bergemersik di cuping telinga kirinya. Membisikkan kata-kata yang tidak mampu didengarnya dengan jelas. Sekali lagi pedang di pinggang kirinya bagaikan mahu disentap.

Aneh!!!! Kiranya di kiri dan kanan bagaikan wujudnya dua lembaga yang berlainan. Lembaga yang tidak mampu dilihatnya dengan mata kasar.

"Hahahaha." Bunyi ketawa yang menjengkelkan menampar pendengaran Kimimo. Angin kuat menderu-deru dan meniup sekian tanah dan rumput kering di jalanan. Tiba-tiba suatu lembaga terbentuk daripada putaran angin tersebut.

Benarlah tekaan Kimimo tadi. Firasatnya tidak menipu. Di hadapannya kini Drakonis Hutan yang tingginya dua kali ganda daripada Kimimo sendiri. Kimimo menutup kelopak matanya. Angin yang penuh dengan partikel-partikel halus harus dipastikan tidak mengaburi penglihatannya. Itu salah satu kelemahan Kimimo yang amat ketara. Dia tidak mampu menentang musuh tanpa deria itu. Cabang ilmu keperwiraan itu sedang dituntutnya kini namun dia belum cukup mahir lagi.

"Apa yang kamu mahukan dari aku?" Suara Drakonis Hutan keras berbunyi. Marah ruangnya dicerobohi.

Kimimo meneguhkan hatinya. Misinya hari ini perlu diteruskan. Dia tidak mahu berpatah ke belakang.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca blok kongsi karya. Sudilah kiranya menitipkan komentar untuk saya memperbaiki garapan ini.