JOMLAH KLIK UNTUK TAHU LEBIH LANJUT

>

Sunday, October 24, 2010

ALAM DI PERGUNUNGAN KLAKS BAB 1, MUKASURAT 1

Di hutan tebal di kaki pergunungan Klaks...

Kimimo memandang sekeliling, Bunyi deruan angin yang datangnya secara tiba-tiba begitu mengganggu jiwanya. Sedari tadi hatinya tidak enak, bagaikan sesuatu yang buruk akan berlaku. Meskipun perasaan itu cuba dipadamkan, dia masih tidak mampu. Pedang Zirkon yang dipasang kejap di pinggang kiri dipegang erat. Bukankah malang itu tidak berbau. Sudah tentu dia tidak mahu mati dengan mudah. Pantang seorang lelaki dari kaum Aris jika ditikam dari belakang tanpa disedari kerana di dalam diri mereka telah ditanamkan dengan ilmu membela diri yang menjadi warisan kaum mereka.

Deria pendengaran Kimimo menangkap suatu suara halus berbisik. Kimimo tersentak. Suara itu bagaikan pernah terdengar sebelum ini. Langkahnya dihentikan.

'Semua ini harus aku hentikan. Tidak mungkin aku akan melangkah dengan tenang sekiranya segalanya begitu merimaskan,' getus hati Kimimo.

Pedang di pinggang semakin kejap pegangannya. Bagaikan terasa ada sesuatu yang turut memegang pedang berhulukan suasa itu. Sesuatu yang tidak mahu mengalah dan punya aura keganasan yang kuat.

"Jika kau seorang lelaki, menjelmalah." Lantang suara Kimimo menerjah kesunyian hutan tebal itu. Tiada jawapan...namun deruan angin itu semakin kuat. Hatinya bertelingkah meneka mala petaka yang sedang mengganggunya sekarang.

Dek panggilan yang nampaknya tidak dihiraukan oleh si pengacau, hanya satu tekaan Kimimo kini. Drakonis hutan !!!!!!!!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca blok kongsi karya. Sudilah kiranya menitipkan komentar untuk saya memperbaiki garapan ini.